Kelas Microsoft Office – Powerpoint
15 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office – Powerpoint kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan Microsoft Powerpoint dan merangsang pemikiran kreatif dalam menghasilkan sesuatu persembahan kerja sekolah.
Peserta diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Powerpoint 2016. Mereka diminta untuk menaip biodata diri dan diminta untuk menggunakan peralatan yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint untuk mengedit supaya dapat menghasilkan suatu persembahan biodata yang menarik.
Mereka turut digalakkan untuk mencipta persembahan baru, menambah slide, mempelajari kaedah mendua (duplicate slide), delete atau menbuang slide serta menambah elemen teks dalam slide.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: